Jumlah Paparan Halaman

MUTIARA KATA

SELAMAT DATANG

PAPAN KENYATAAN - IKLAN

Khamis, 25 Februari 2010

Maulidur Rasul 1431H

Tarikh  :  25 Februari 2010
Hari  :  Khamis
Masa  :  8.15 pagi
Tempat  :  Sekitar Kampung Kuala Tahan

SK Kuala Tahan telah mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad saw yang jatuh pada 12 Rabiulawal. Perarakan ini disertai semua warga SKKT dari pelajar PRA , guru serta staf sokongan. Perarakan ini mendapat kerjasama pihak Polis Kuala Tahan bagi mengendalikan urusan lalu lintas.
Perarakan bermula di hadapan PKG Tahan kemudian menuruni jeti Taman Negara seterusnya mengelilingi jalan menuju ke Teresik Motel melalui perhentian bas dan berakhir di perkarangan sekolah. Perarakan ini menarik perhatian pelancong yang datang melawat ke Taman Negara.
Guru-guru dan pelajar membuat persiapan kain rentang sehari sebelum hari perarakan. Semua pelajar dan guru serta staf memakai baju melayu. Ini mewujudkan satu sambutan yang hangat dan memberikan makna yang mendalam kepada semua peserta.

Foto Sekitar Sambutan Maulidur Rasul


 

Rabu, 24 Februari 2010

Pertandingan Mewarna - Maulidur Rasul

Tarikh  :  24 Feb 2010
Hari  :  Rabu
Masa  :  11.00 hingga 1.20 petang
Tempat  :  Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan pertandingan mewarna sempena Maulidur Rasul. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Prasekolah dan tahap 1 serta tahap 2. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mewarna kalimah yang berkaitan dengan Rasulullah saw. Pertandingan bermula dengan pelajar tahan 1 dan diikuti pelajar tahap 2.
Para pemenang akan diberikan hadiah dalam majlis yang akan diadakan kemudian. Sesungguhnya aktiiti yang dijalankan diharap dapat mendekatkan lagi murid-murid kepada junjungan besar Nabi Muhamad saw. Pertandingan berakhir pada jam 1.15 petang

Gelagat anak didik mewarna

Selasa, 23 Februari 2010

Ahli Jawatan Kuasa PIBG 2009/2010

Penasihat : En Zainol b Shahbudin - Guru Besar
Yang Dipertua : En Abdullah bin Hj Manan
Naib Yang Dipertua : En Zamri bin Mat Ami
Setiausaha : Cikgu Kamil Hilmi b Zainallah
Naib Setiausha : Cikgu Mohamed Zubir b Zulkifli
Bendahari : Cikgu Noridayu bt Idrus

Ahli Jawatan Kuasa.
En saluji b Ismail
En Wan Abd Rashid b Wan Sulaiman
En Bahari b Ismail
En Hamzah b Abdul Hamid
En Raffie b Manaf
En Ali Asra b Abdul Rahman
Pn Sarinah bt Deris
Cikgu Hazlinda bt Mohd Taha
Cikgu Aslahuddin b Daud
En Sabaruddin b Abu Bakar
Pn Norkhairiah bt Awang

Pemeriksa Kira-kira
En Rosli b Hashim
Pn Norlizawati bt Abdul Jalil

Isnin, 22 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27

Tarikh : 20 Feb 2010
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27 telah berlangsung di Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan. Mesyuarat ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.50 tengah hari. Perjalanan mesyuarat berjalan lancar di mana tidak banyak perkara yang menghangatkan suasana. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan walaupun majlis bermula seawal jam 9.00 pagi iaitu ceramah motivasi oleh Ustaaz Hj Rujhan.
Dalam ucapan aluan Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan sempat mengingatkan ibu bapa agar mengambil berat hhal pelajaran anak-anak. Di samping itu , beliau juga memohon kerjasama daripada ibu bapa penjaga dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah. Beliau tidak lupa merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ibu bapa penjaga yang hadir menyumbangkan tenaga dan wang ringgit menjayakan Gotong Royong perdana yang diadakan baru-baru ini.
Walaupun pada tahun ini tiada pemilihan AJK namun terdapat pertambahan 2 orang AJK baru untuk memantapkan lagi PIBG. Pihak PIBG turut meraakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang turut membawa juadah untuk dikongsi bersama semasa kudapan. Inilah budaya masyarakat setempat yang diwarisi dan wajar diteruskan .

Foto Mesyuarat Agung PIBG

Klik untuk lihat foto

Sayangkan anak tangan-tangankan - Ustaz Rujhan





Tarikh : 20 Feb 2010
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Ceramah kekeluargaan anjuran PIBG SK Kuala Tahan telah berjaya diadakan sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27. Pihak PIBG telah mengundang penceramah yang begitu mendapat perhatian dewasa in iaitu Ustaz Hj Rujhan b Hj Razali. Ceramah beliau berkaitan dengan tajuk kekeluargaan iaitu sayangkan anak tangan-tangankan. Antara intipati ceramah beliau , kita mestilah memcari rezeki yang halal , menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran di samping luangkan masa untuk anak-anak.
Di samping itu , untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang , ibu bapa perlulah cemerlang. Hubungan sesama keluarga , jiran dan masyarakat perlulah dititikberatkan . Kita perlu sensitif dan cakna kepada persekitaran. Anak orang anak kita. Kita perlu menjaga tepi kain kita dan orang kerana mana-mana kekurangan dapat ditampung oleh masyarakat.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada ibu bapa dan masyarakat. Masa yang diberikan terasa singkat dengan ceramah yang menarik dengan penggunaan alatan media.

Ceramah Kekeluargaan

Khamis, 18 Februari 2010

Padang Sekolah

Tarikh : 18 Feb 2010
Hari : Khamis
Tempat : Tapak Padang Baru SK Kuala Tahan

Perkembangan pembinaan padang SK Kuala Tahan , walaupun telah terlewat dari tarikh jangkaan namun perkembangan terkini amat memberangsangkan. Harapan warga SK Kuala Tahan semoga dengan pembinaan padang ini akan dapat meningkatkan lagi aktiviti kokurikulum SK Kuala Tahan.

Kerja tanah dalam proses

Ahad, 14 Februari 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Rusli , GPK 1

Tarikh : 12 Feb 2010
Hari : Jumaat
Masa : 11.00 - 12.15 tengah hari
Tempat : Dewan Gemilang

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Cikgu Rusli b Ishak bertugas sebagai GPK 1 , SK Kuala Tahan. Mulai minggu hadapan beliau memulakan tugas rasmi di SK Jabor , Kuantan sebagai GPK Kokurikulum. Walaupun hanya sempat bertugas selama 4 bulan lebih namun pemergiannya dari SK Kuala Tahan amat dirasai terutama sekali bagi pelajar asrama desa. Beliau begitu dekat dengan pelajar kerana saban malam bersama pelajar kelas malam. Gurau senda dan telatah riang akan menjadi kenangan bagi warga SKKT. Selamat bertugas di tempat baru.

Foto Majlis Perpisahan bersama pelajar

Jumaat, 12 Februari 2010

Majlis Perpisahan GPK 1 dan Cik Nazalakmasyuhada

Tarikh : 12 Feb 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Gemilang , SK Kuala Tahan

Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Kuala Tahan telah mengadakan majlis perpisahan khas buat GPK 1 , Cikgu Rusli dan Guru Pendidikan Khas , Cik Naza. Bagi tahun ini sahaj sudah dua kali majlis diadakan pertama meraikan perpisahan Guru Besar ke Cameron Highlands.
Majlis pada malam terbut dihadiri semua warga SKKT dan keluarga. Majlis bermula dengan ucapan Naib Pengerusi Badan Kebajikan , Ustaz Nazaruddin. Beliau mengingatkan warga SKKT sentiasa ingat mengingati dan jauhkan prasangka kerana perkara demikian boleh merosakan hubungan silaturahim.
Cikgu Rusli merupakan GPK 1 yang baru sahaj dilantik. namun khidmat beliau lebih diperlukan di tempat beliau. Beliau memulakan tugasnya di SK Kuala Tahan pada tanggal 01 november 2009. Walaupun masa perkhidmatan yang singkat , namum banyak perkara yang baik dibawa oleh beliau. Walaupun sedih untuk meninggalkan Kuala Tahan , namun atas arahan perkhidmatan beliau akur dengan ketetapan tersebut.
Bagi Cik Nazatul ini merupakan sekolah yang kedua beliau dalam tempoh 2 bulan berkhidmat. Sebelum ini , beliau bertugas di Merapoh.
Kepada kedua dua orang guru , warga SK Kuala Tahan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang ditabur.

Foto Majlis Perpisahan


Pertandingan Bercerita - Dongeng Si Kecil

Tarikh : 11 Feb 2010
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 1.15 petang
Tempat : Dewan Gemilang

Panitia Bahasa Melayu SK Kuala Tahan telah berjaya menganjurkan aktiviti bercerita dongeng si kecil. Program ini bertujuan mencungkil bakat di kalangan pelajar SKKT. Program ini melibatkan pelajar tahap 1 dan 2. Seramai 63 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini.
Aktiviti ini telah dirasimikan oleh Cikgu Zainol b Shahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan. Program ini bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari. Majlis penutupan diserikan lagi dengan persembahan tarian daripada pelajar tahun 1 dan 2 dengan tahun burung kenek-kenek. Guru Besar SK Kuala Tahan dalam ucapan penutupan mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memberikan sambutran yang baik terhadap program ini. Pemenang dan peserta menerima sijik penyertaan dan juga hadiah dari panityia Bahasa Melayu


Foto Pertandingan Bercerita



Isnin, 8 Februari 2010

Program Motivasi Belajar Tahun 6 01/2010



Tarikh : 08 Februari 2010
Hari : Isnin
Masa : 11.00 hingga 1.30 petang
Tempat : Makmal Komputer , SK Kuala Tahan


Program Motivasi Belajar untuk pelajar tahun 6 telah dilaksanaakan dengan jayanya. Program ini merupakan salah satu program yang dirancang dalam Program Kecemerlangan UPSR 2010. Program ini melibatkan pelajar tahun 6 Al Ghazali dan 6 Al Farabi seramai 53 orang. Tujuan utama diadakan untuk memberikan kesedaran belajar kepada pelajar tahun 6.
Program ini dikendalikan oleh Cik Siti Alsolihah bt Yaacob , Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah , Kuala Tahan. Dalam sesi motivasi tersebut , beliau amat menekankan kepada motivasi belajar. Pelajar kurang motivasi dan melebihkan aktiviti yang kurang memberikan faedah.
Dalam ucapan aluan , Cikgu Zainol Sahbudin , Guru Besar SK Kuala Tahan sempat mengingatkan pelajar tujuan mereka ke sekolah dan turut memberikan motivasi kepada pelajar yang mendapat 5 A akan diberikan imbuhan dan ganjaran. Program ini akan diadakan sekali lagi menjelang peperiksaan UPSR pada september nanti.

Gotong Royong PIBG

Tarikh : 07 Februari 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.30 - 12.00 tengah hari
Tempat : SK Kuala Tahan

Program Gotong Rayong Perdana anjuran PIBG SK Kuala Tahan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pihak ibu bapa dan penjaga. Tujuan diadakan program ini adalah untuk menambahbaik keceriaan sekolah. Sambutan daripada masyarakat tempat juga amat memberangsangkan walaupun mereka tiada anak di SK Kuala Tahan.
Program pada pagi tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas Tuan Guru Besar dan YDP PIBG SK Kuala Tahan. Peserta program dibahagikan kepada beberapa kumpulan antaranya menghias dan menyusunatur pokok bunga , mengecat tangga laluan naik ke blok A dan B , menebang pokok yang menghalang pandangan dan membuat label bagi perabot yang baru diterima.
Di samping menyumbangkaan tenaga , ibu bapa dan penjaga turut menyumbangkan sepasu bunga kertas kepada pihak sekolah. Ada di kalangan ibu bapa turut menyumbang wang ringgit.Menurut seorang AJK PBG , En Mohamad Saluji , program ini amat baik sambutan dan merupakan platfom ibu bapa serta masyarakat beramah mesra dan bertukar pandangan dalam meningkatkan keceriaan sekolah. SK Kuala Tahan merupakan sekolah yang pertama yang dilihat oleh pelancong yang melawat ke Taman Negara. Jadi , sewajarnyalah SK Kuala Tahan perlu berada dalam keadaan yang baik kerana ianya membawa imej negara.
Sesungguhnya kerjasama dan sokongan ibu bapa dan masyarakat amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.


Foto Sekitar Gotong Royong
Blog Widget by LinkWithin